Episod baharu drama politik

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

TIADA angin, tiada ribut, masyarakat terutamanya di Sabah dikejutkan dengan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang mengesahkan semua ahli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah keluar meninggalkan parti.

Sudah pasti, keputusan itu mendapat pelbagai reaksi terutamanya daripada barisan kepimpinan parti itu sendiri.

Kesal dan kecewa menjadi skrip setiap pemimpin parti yang dihubungi media untuk beri ulasan mengenai tindakan berkenaan.

Hajiji dilapor berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.

Alasan itu bagaimanapun didakwa 'rekaan' semata-mata, ekoran kedudukannya sebagai Ketua Menteri sekali gus mahu mempertahankan kedudukannya itu.

Apa yang pasti, tindakan itu tidak melanggar Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti kerana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah belum meluluskan akta terbabit.

Bersatu Sabah dilihat seakan 'lumpuh', namun dengan adanya pemimpin seperti Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, parti itu masih mempunyai sinar untuk terus berkembang di Negeri Bawah Bayu.

Seharusnya sikap seperti Ronald patut dicontohi, kesetiaan terhadap parti perlu diterapkan dalam kalangan pemimpin kerana golongan itu dilihat kerap 'derhaka' kepada perjuangan.

Artikel Berkaitan: