Berikan kejuaraan kepada Argentina - Pepe

Tello menjadi tumpuan pemain Portugal ketika berdepan Maghribi dalam aksi suku akhir Qatar 2022 di Stadium Al Thumama pada Ahad.
Tello menjadi tumpuan pemain Portugal ketika berdepan Maghribi dalam aksi suku akhir Qatar 2022 di Stadium Al Thumama pada Ahad.
A
A
A

TONGGAK Portugal, Pepe menegaskan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 'kini boleh memberikan kejuaraan Piala Dunia kepada Argentina' selepas kecewa mutu pengadilan pegawai pertandingan dari Amerika Selatan itu susulan kekalahan 0-1 kepada Maghribi pada saingan suku akhir Qatar 2022.

Pegawai pertandingan Facundo Tello sebelum itu melabuhkan kemenangan Atlas Lions, dengan jaringan Youssef En-Nesyri minit ke-42' babak pertama menjadi perbezaan antara kedua-dua pasukan.

Namun bek tengah veteran A Selecao itu berang dengan beberapa keputusan Tello, susulan kemenangan The Albiceleste ke atas Belanda dalam satu lagi suku akhir pada Sabtu.

Lionel Messi dan Emi Martinez sebelum ini mengecam pengadil Sepanyol Antonio Mateu Lahoz, apabila menggesa FIFA menggugurkannya daripada baki kejohanan Qatar 2022.

“Adalah tidak boleh diterima pengadil Argentina mengendalikan permainan hari ini selepas apa yang berlaku semalam...

“Dengan Messi mengeluh dan para pemain Argentina mula bercakap. Saya tidak mengatakan tetapi lihat sahaja apa yang kami mainkan pada separuh masa kedua?

“Penjaga gol mereka sentiasa dihalang, kemudian hanya menambah lapan minit masa kecederaan.

“Selepas apa yang saya lihat hari ini, mereka kini boleh memberikan gelaran kejuaraan kepada Argentina,” kata Pepe.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Bruno Fernandes senada dengan Pepe, apabila pemain tengah Manchester United itu menyifatkan penglibatan pengadil dari negara yang pasukan masih dalam kejohanan itu sebagai sesuatu yang pelik.

“Saya tidak tahu sama ada mereka akan memberikan Piala Dunia kepada Argentina.

"Saya akan mengatakan apa yang saya fikirkan. Sangat pelik bahawa pengadil dari pasukan yang masih dalam Piala Dunia diberikan tanggungjawab mengendalikan perlawanan,” kata Fernandes.