Projek LCS diteruskan - Mohamad

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media selepas majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentara (MTAT) Tahun 2022 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan diteruskan, namun memerlukan penelitian semula, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Mohamad, beliau akan diberikan taklimat berkaitan perkara berkenaan dalam tempoh terdekat.

"Saya akan mendapatkan taklimat (LCS) berkenaan daripada pihak berkaitan agar saya boleh benar-benar melihat latar belakang dan apa isunya.

"Kita akan pastikan supaya kapal-kapal (LCS) ini dibina, tiada guna cerita perkara lepas. Yang penting, kerana (LCS) ini merupakan aset strategik bagi ATM (Angkatan Tentera Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dan Maktab Turus Angkatan Tentera Tahun 2022 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PuspaHanas) di sini pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: