iQOO 11 5G, telefon Snapdragon 8 Gen 2 pertama di Malaysia dilancarkan

A
A
A

No Image Caption



SHAH ALAM - iQOO, sebuah sub-jenama bebas bawah vivo membuat kemunculan di Malaysia dengan model telefon pintar perdananya, iQOO 11 5G, yang juga merupakan sebahagian daripada barisan model iQOO 11 yang dibina untuk prestasi hebat.

iQOO 11 5G membawa permainan mudah alih ke tahap yang lebih tinggi, dikuasakan oleh sistem dwi-cip tercanggih, teknologi paparan termaju dan kawalan permainan deria penuh untuk pengalaman bermain permainan mudah alih yang penuh asyik.

Pengurus Besar iQOO Malaysia, Jeremy Lin, berkata, Telefon pintar model perdana iQOO 11 5G dicipta dengan mengambil kira para peneroka iaitu mereka yang ingin menikmati hidup dengan sepenuhnya, serta mereka yang berani melangkaui sempadan dalam apa saja yang mereka lakukan.

“iQOO 11 5G direka untuk melengkapi gaya hidup para pengguna kami dengan prestasi mantap dan penuh kuasa. Kehebatan dalam pengalaman bermain permainan mudah alih merupakan sebahagian besar daripada identiti jenama iQOO, dan barisan produk kali ini dihasilkan dengan sempurna untuk memberikan pengalaman bermain yang mengasyikkan, serta menunjukkan inovasi teknologi kami dengan sepenuhnya,”katanya.

Tahun ini, iQOO terus meraikan keghairahan dunia dalam meraikan prestasi dan kelajuan tinggi sebagai rakan kongsi premium BMW M Motorsport.

Prestasi penuh kuasa

No Image Caption



iQOO 11 5G dikuasakan oleh prestasi baharu yang terdiri daripada Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Gen 2, LPDDR5X dan UFS 4.0. iQOO 11 5G. Ia merupakan sebuah telefon pintar yang dilengkapi dengan chip berprestasi tinggi terbaru Qualcomm - Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Gen 2.

Artikel Berkaitan:


Dengan Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Gen 2, prestasi puncak CPU dan GPU dipertingkatkan manakala penggunaan bateri kekal di tahap minimum, memberikan keseimbangan yang sempurna antara prestasi dan jangka hayat bateri semasa dan selepas tempoh permainan yang berpanjangan.

Sebagai tambahan, konfigurasi 16GB LPDDR5X dan 256GB UFS 4.0 melengkapkan iQOO 11 5G dengan yang terkini dalam memori dan storan berprestasi tinggi, seterusnya memberikan pengguna permulaan dan pengagregatan (caching) aplikasi yang lancar dan pantas.

iQOO 11 5G juga dilengkapi dengan Extended RAM 3.0, yang mampu menambah sebanyak 8GB memori virtual tambahan untuk memastikan prestasi yang lebih mantap dan lancar secara keseluruhan dan membolehkan beberapa aplikasi untuk berjalan serentak di latar belakang.

Prestasi penuh kuasa ini sudah tentunya memerlukan bateri serta kebolehan penyejukan yang sama berkuasa. Oleh itu, iQOO 11 5G dilengkapi dengan bateri besar bersaiz 5,000mAh yang boleh dicas semula dengan pantas daripada sifar ke 100 peratus hanya dalam tempoh 25 minit menggunakan FlashCharge 120W.

Peranti ini dibina dengan Sistem Penyejukan Cecair Kebuk Wap yang menampilkan kebuk wap keluli tahan karat bercop bersaiz 4,013 mm2 dengan tiga lapisan grafit untuk memastikan suhu optimum. iQOO 11 5G juga menampilkan bingkai tengah aluminium gred penerbangan yang unik, direka bentuk secara struktur untuk memastikan bahagian atas peranti kekal sehingga 2°C lebih sejuk, khususnya semasa senario permainan yang sengit.

Akhir sekali, peranti tersebut juga mampu mengesan dan mendiagnosis kejadian pemanasan tidak normal untuk memberikan pengalaman yang lebih selamat untuk semua.

Pengalaman permainan “Monster Inside"

No Image Caption



iQOO 11 5G menawarkan pengalaman permainan yang hebat dengan menggunakan teknologi paparan canggih, cip V2, serta kawalan permainan deria penuh yang memastikan ketepatan yang dipertingkatkan serta permainan yang mengasyikkan.

Paparan AMOLED 2K E6 bersaiz 6.78 inci menampilkan imej yang jelas walaupun di bawah cahaya terang, memberikan pengguna pengalaman visual yang terbaik. Cip V2 pula membolehkan iQOO 11 5G mengekalkan kesan visual yang lancar dengan butiran sejelas kristal melalui penggunaan ramalan gerakan (motion prediction) dan kompensasi untuk mengurangkan calitan skrin dan kelambatan.

Cip V2 tersebut juga menyokong permainan-permainan yang mempunyai kadar bingkai tinggi. Teknologi Interpolasi Bingkai Permainan terbarunya membolehkan iQOO11 5G menggalakkan kadar bingkai ke 90/120fps melalui interpolasi bingkai, walaupun untuk permainan yang tidak menyokong kadar bingkai tersebut, seterusnya membawakan pengalaman permainan yang lebih lancar dan penuh asyik.

Selain itu, iQOO 11 5G juga menyokong kawalan Dual Monster Touch Dalam Paparan. Dengan ciri ini, bahagian kiri dan kanan skrin boleh dikendalikan secara berasingan, dan pengguna boleh bermain menggunakan empat jari untuk kawalan permainan yang lebih pantas dan selesa.

Motor Linear Dual X-Axis pula memperkayakan pengalaman haptik, menyampaikan maklum balas kerosakan yang terasa hidup dan petunjuk pergerakan yang lebih baik dalam permainan.

iQOO 11 5G mempunyai Pembesar Suara Dwi Stereo yang terletak menegak sepanjang peranti untuk memastikan efek stereo yang seimbang, memberikan maklum balas yang lebih baik, dan mampu disesuaikan untuk senario-senario spesifik sama ada muzik, video, atau permainan.

Rekaan bergaya sesuai gaya anda

No Image Caption



iQOO 11 5G baharu ini tersedia di Malaysia dengan skima warna tunggal - edisi Legend. Rekaan model perdana iQOO 11 5G ini secara amnya diilhamkan oleh BMW M Motorsport.

Untuk memberikan pengalaman penderiaan yang unik beserta rekaan tersebut, iQOO fokus dalam meneroka pelbagai jenis material, selain turut mengguna pakai proses penghasilan yang inovatif untuk rekaan luarannya.

Bahagian belakang iQOO 11 5G edisi Legend tersebut dihiasi dengan jalur tiga warna iQOO yang ikonik dalam corak halus ‘Clous de Paris’, yang juga merupakan kombinasi warna jenama daripada kerjasama premium iQOO dengan BMW M Motorsport.

Komposisi material iQOO 11 5G edisi Legend menggabungkan gentian kaca dan kulit vegan, menghasilkan panel belakang yang kukuh dan tahan lama serta selesa dipegang.

Tambahan lagi, peranti tersebut juga mempunyai lapisan kalis noda di atas kulit silikon, menghasilkan sebuah kemasan berkualiti tinggi yang lembut dipegang.

Kebolehan fotografi yang dipertingkatkan

iQOO 11 5G hadir dengan modul kamera yang kukuh. Ia menggalakkan pengguna untuk meneroka kreativiti mereka dan mengambil gambar dan video dalam pelbagai senario.

iQOO 11 5G menampilkan sistem kamera belakang yang versatil dengan Kamera Ultra-Sensing GN5 50MP, Kamera Telefoto & Potret 13MP, dan Kamera Ultralebar 8MP, dengan pelbagai ciri canggih tersedia.

Cip V2 baharu dan Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Gen 2 bekerjasama menyokong penambahbaikan prestasi keseluruhan kamera, memberikan pengalaman fotografi malam serta videografi yang unggul dengan gambar dan video yang jelas tanpa hingar.

Pure Night View dan 4K Super Night Video yang menggunakan algoritma Raw Video NR 3.0 yang telah dinaiktaraf pula membolehkan iQOO 11 5G menghasilkan kandungan bertaraf profesional walaupun semasa di tempat yang amat gelap.

Untuk gambar gerakan pada waktu malam, iQOO 11 5G juga menawarkan ciri Pendar Kamera Malam (Night Camera Panning), yang bergantung kepada keupayaan penstabilan peranti untuk meminimumkan kabur gerakan dan meningkatkan kejelasan gambar dengan ketara.

Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi dengan pelbagai tambahan perisian seperti Potret Hebat Berkualiti Studio (Studio-Quality Superb Portrait) yang menggunakan algoritma Pengemasan Kulit AI dan HD AI untuk menghasilkan efek potret yang terlihat profesional dan natural, serta menawarkan fungsi-fungsi pengemasan gambar bertaraf profesional kepada pengguna.

Ketersediaan

No Image Caption



iQOO 11 5G boleh didapatkan secara eksklusif dalam talian terlebih dahulu bermula 9 Disember 2022 pada harga RM3,499. Para pelanggan boleh mendapatkan iQOO 11 5G melalui e-kedai rasmi vivo serta kedai utama rasmi iQOO Malaysia di Lazada, Shopee dan kedai TikTok. Peranti-peranti tersebut juga tersedia di kedai-kedai konsep vivo terpilih bermula dari 13 Disember.

Daripada 9 hingga 15 Disember 2022, iQOO 11 5G boleh didapati pada harga istimewa iaitu RM3,299. Sepanjang tempoh tersebut, para pelanggan yang mendapatkan peranti tersebut layak menerima gantian 1-ke-1 untuk kecacatan pembuatan, Kad VIP iQOO dan iQOO Wireless Active bernilai RM99.

Pelanggan juga boleh menikmati diskaun istimewa untuk Klip Penyejuk Belakang Pro iQOO pada harga RM159, iQOO Wireless Active pada harga RM139 dan Sarung Jari Permainan iQOO pada harga RM19.