Dua lelaki maut kereta bertembung

Kedua-dua kereta yang terbabit dalam nahas maut ditahan polis untuk siasatan lanjut. - Foto Ihsan polis
Kedua-dua kereta yang terbabit dalam nahas maut ditahan polis untuk siasatan lanjut. - Foto Ihsan polis
A
A
A

TELUK INTAN - Dua lelaki maut dalam nahas membabitkan dua kereta di Kilometer 19, Jalan Bidor- Teluk Intan di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian sekitar jam 2.50 pagi itu melibatkan kereta jenis Proton Iswara dan Perodua Viva.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta Perodua Viva yang dipandu lelaki berusia 24 tahun telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Iswara.

"Pertembungan itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu Proton Iswara berusia 20 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan," katanya.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kedua-dua kenderaan ditahan bagi pemeriksaan pihak Puspakom dan polis sedang mengesan saksi bebas di lokasi kejadian.

"Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya.

Artikel Berkaitan: