Mampukah gabungan PH-BN tawan enam negeri?

Zahid, Anwar. - Foto Bernama
Zahid, Anwar. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan kemenangan BN mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman bukti nyata penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan ( PH).

Katanya, kejayaan itu juga menunjukkan masyarakat sudah melihat rasional keputusan parti membentuk kerajaan negeri bersama PH.

Persoalannya, adakah kedua-dua gabungan parti itu mampu mengulangi kejayaan yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah bentuk kerjasama yang akan dilakukan oleh PH dan BN termasuk isu pemilihan calon di kawasan tersebut.

Hal ini kerana, kemenangan tipis calon UMNO, Datuk Seri Mohd Johari Hussain membuktikan kekuatan PH-BN dipersoalkan malah didakwa kejayaan parti gabungan itu adalah kerana peratusan keluar mengundi DUN Tioman adalah rendah iaitu sebanyak 58.39%.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi kenyataan kemenangan besar partinya itu di Parlimen Padang Serai dan kekalahan tipis di DUN Tioman membuktikan rakyat menolak Kerajaan Perpaduan PH dan BN.

PH-BN perlu bekerja lebih keras lagi bagi menarik undi dan kepercayaan rakyat.

Keputusan PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman dikeluarkan pada Rabu dan masing- masing memberi kemenangan kepada gabungan parti Kerajaan Perpaduan dan PN.

Artikel Berkaitan: