Ganjaran hampir RM1 juta ditawar sempena Krismas

Andrew (dua dari kanan) berdiri di hadapan pokok krismas ikonik setinggi 30 meter di The Esplanade, Suria KLCC.
Andrew (dua dari kanan) berdiri di hadapan pokok krismas ikonik setinggi 30 meter di The Esplanade, Suria KLCC.
A
A
A

SEMPENA kempen Hari Krismas Suria KLCC, pengunjung berpeluang mendapat ganjaran bernilai hampir RM1 juta sehingga 25 Disember ini.

Selain menikmati keindahan Pokok Krismas ikonik setinggi 30 meter di The Esplanade, seramai 100 pembeli berpeluang mendapat hadiah kejutan setiap hari di Bengkel Santa yang turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien berkata, kepelbagaian ganjaran diharap membantu jualan peruncit dengan sambutan perayaan yang meriah sebagai penutup tirai 2022.

“Sambutan Krismas sentiasa menjadi sambutan amat penting di Suria KLCC namun kami tidak lupa untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi untuk setiap pengunjung bagi mengekalkan persekitaran terlindung,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Andrew berkata, selaras dengan inisiatif Program Kesedaran Kesihatan Mental, Suria KLCC akan memberi sokongan kepada Kumpulan Green Ribbon melalui hasil jualan Pin Reben Suria.

"Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya juga mengadakan Kempen Krismas bermula dari 25 November sehingga 25 Disember ini," katanya.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, pengunjung berpeluang mendapat ganjaran menerusi Program High Spender Rewards.

Kempen Krismas di Mesra Mall Terengganu pula berlangsung dari 1 Disember sehingga 25 Disember ini yang turut menawarkan tebusan ganjaran program Krismas.

Artikel Berkaitan:

Untuk maklumat lanjut, pengunjung boleh melayari laman web www.suriaklcc.com.my, www.alamanda.com.my dan www.mesramall.com.