46 ejen bookie judi piala dunia ditahan

Polis menahan beberapa individu yang dipercayai menjadi ejen bookie bola sepak menerusi operasi yang dijalankan di seluruh Johor dari 21 November sehingga Selasa.
Polis menahan beberapa individu yang dipercayai menjadi ejen bookie bola sepak menerusi operasi yang dijalankan di seluruh Johor dari 21 November sehingga Selasa.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Seramai 46 lelaki tempatan disyaki ejen bookie pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 ditahan dalam serbuan polis di seluruh negeri dari 21 November sehingga Selasa.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, semua suspek berusia 45 sehingga 72 tahun itu ditahan dalam Op Soga IX bagi membanteras dan mencegah sebarang pertaruhan serta perjudian melibatkan pertandingan bola sepak dunia itu.

"Menerusi 45 serbuan tersebut pihak polis membuat 46 tangkapan lelaki yang terlibat sebagai ejen bookie pertaruhan dengan nilai kredit limit keseluruhan yang mencecah sehingga RM6,317,498.

"Turut dirampas wang tunai berjumlah RM34,303, SGD500 selain 48 buah telefon bimbit termasuk sim kad dan sebuah buku memo pada yang mempunyai catitan pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, semua suspek direman dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM20,000 hingga RM20,000 dan penjara tidak lebih lima tahun.

Tambahnya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953, jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Begitu juga katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953, jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM20,000 hingga RM200,000 selain boleh dipenjara selama lima tahun.

"Kejayaan operasi ini sebahagian besarnya adalah hasil risikan polis Johor dan aduan orang awam. Polis Johor memberi amaran tegas kepada individu yang menganjurkan pertaruhan dan juga individu yang menjalankan pertaruhan.

"Tindakan yang tegas akan diambil berlandaskan undang-undang sedia ada dalam menangani kegiatan ini. Jika ada sebarang maklumat berkenaan kegiatan perjudian, orang ramai boleh menyalurkan kepada balai polis berhampiran atau bilik gerakan 07-2212999 atau 07-2254677," katanya.
Artikel Berkaitan: