Ketua Setiausaha Perbendaharaan dicutikan?

Asri Hamidin
Asri Hamidin
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketiadaan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Seri Asri Hamidin semasa sambutan tugas rasmi Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan di bangunan Perbendaharaan pada Selasa menimbulkan tanda tanya.

Spekulasi yang mengatakan Asri dicutikan diperkuatkan lagi apabila Anwar menerusi sidang akhbar pada hari sama memaklumkan keahlian Penasihat Khas Kewangan dan akses terhadap maklumat kewangan negara akan dibincangkan dengan pegawai kanan kementerian serta KSP yang baharu.

"Saya akan berbincang dengan Hassan Marican dan sudah tentu akan berunding dengan pegawai kanan dan KSP baharu," katanya.

Anwar bagaimana pun tidak menjelaskan siapa yang bakal menggantikan kedudukan Asri di Perbendaharaan.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keahlian penasihat khas yang diketuai bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican.

Sinar Harian sedang menanti maklum balas daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berhubung status Asri.

Asri, 56, dilantik menjawat jawatan itu sejak dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: