PRU15: 'Semoga Allah buka pintu hati pengundi'

Idris dan Asyraf Wajdi
Idris dan Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin parti politik mengambil kesempatan di hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hari ini untuk membuat hantaran di laman media sosial memohon pengundi memilih gabungan parti masing-masing.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad tidak terkecuali apabila memuat naik status berbentuk doa agar pengundi di kedua-dua kawasan tersebut memilih Perikatan Nasional (PN).

"Ya ALLAH, Engkau bukakan pintu hati pengundi di (Parlimen) Padang Serai dan (DUN) Tioman (untuk) memilih PN. Prihatin bersih, stabil," tulisnya di Facebook pada Rabu.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga dalam hantaran di laman media sosial itu turut memuat naik status sama, namun untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

"Ya ALLAH, Engkau bukakan pintu hati pengundi di (DUN) Tioman memilih BN dan (Parlimen) Padang Serai memilih PH," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, PRU15 bagi kedua-dua kawasan itu ditunda susulan calon PH di Parlimen Padang Serai, M Karupaiya dan calon PN di DUN Tioman, Md Yunus Ramli, meninggal dunia menjelang hari pengundian 19 November.

Turut dilaporkan, kedua-dua kawasan itu akan melibatkan lebih 160,000 pemilih berdaftar iaitu 132,955 pengundi di Parlimen Padang Serai manakala 28,108 di DUN Tioman.

Artikel Berkaitan: