MR D.I.Y. dinobat pendatang baru terbaik

MR D.I.Y. memenangi anugerah Pendatang Baru Terbaik dalam kategori Ekuiti di The Edge ESG Awards 2022 yang diadakan di salah sebuah hotel di Selangor pada 28 November lepas.
MR D.I.Y. memenangi anugerah Pendatang Baru Terbaik dalam kategori Ekuiti di The Edge ESG Awards 2022 yang diadakan di salah sebuah hotel di Selangor pada 28 November lepas.
A
A
A

SHAH ALAM - Peruncit perkakas rumah negara, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y) telah dinobatkan sebagai Pendatang Baru Terbaik dalam Kategori Ekuiti di The Edge ESG Awards 2022 yang diadakan pada 28 November lepas.

The Edge ESG Awards bertujuan untuk mengiktiraf syarikat-syarikat senarai awam (PLC) dan firma pengurusan aset yang dianggap sebagai peneraju dalam standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus di Malaysia, terdapat dua kategori dalam anugerah tersebut iaitu Ekuiti dan Dana.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, amalan kelestarian telah menjadi teras operasi syarikat itu sejak 2005 dan sebagai salah sebuah syarikat terbaik dalam bursa saham Malaysia, MR D.I.Y menjadikan ia sebagai satu tanggungjawab untuk menetapkan penanda aras dalamprinsip dan amalan kelestarian dalam semua aspek operasinya.

Adrian Ong
Adrian Ong

“Anugerah ini mengiktiraf komitmen syarikat untuk mengembangkan perniagaan secara lestari dan mencipta nilai yang boleh dikongsi bersama untuk semua pihak berkepentingan.

“Industri peruncitan memerlukan amalan-amalan kelestarian ini dan diterajui secara usaha bersama, kerana kami terhubung melalui rangkaian yang saling berkait rapat dengan pelbagai pihak.

"Kejayaan kami berpunca daripada hubungan dan kerjasama baik yang saling menguntungkan, dan diterapkan ke seluruh rantaian nilai kami bersama para pelanggan, vendor, pengawal atur dan kesemua komuniti di mana kami beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ong berkata, dalam pada kumpulan tersebut meneruskan perjalanannya ke arah integrasi kelestarian, ia juga menyedari keperluan untuk memastikan model perniagaannya kekal utuh dalam mengharungi risiko-risiko luaran yang berkait dengan kelestarian.

Beliau berkata, MR D.I.Y komited untuk memastikan akses kepada produk-produknya yang “Always Low Prices”, dan berusaha mengembangkan rangkaian produk mesra alam yang ditawarkan di cawangan-cawangannya.

Artikel Berkaitan:

“Kami menyasarkan untuk meningkatkan jualan produk mesra alam sebanyak 10 peratus menjelang 2030 bagi mengukuhkan lagi komitmennya terhadap amalan-amalan kelestarian,” katanya.

Acara The Edge ESG Awards 2022 yang diadakan buat julung kali ini telah berlangsung di sebuah hotel di Selangor dan sebanyak 44 syarikat diiktiraf dalam enam kategori bagi anugerah Ekuiti, dan lima kategori di bawah anugerah Dana.

Ini merupakan anugerah berkaitan ESG yang pertama diterima oleh MR D.I.Y.