'Messi duri dalam daging buat Belanda'

Lionel Messi FOTO: AFP
Lionel Messi FOTO: AFP
A
A
A

KELIBAT bintang Argentina, Lionel Messi tetap menjadi ancaman utama kepada pertahanan Belanda apabila kedua-dua pasukan berentap di suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail Sabtu ini.

Malah tanpa berselindung tonggak pertahanan The Oranje, Virgil van Dijk berkata, bintang kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) itu merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dihadapinya pada saingan peringkat kelab.

“Sejujurnya satu penghormatan apabila dapat bermain dengan pemain berstatus bintang seperti Lionel Messi sebelum ini.

“Namun pertemuan antara kami sebelum ini melibatkan perlawanan peringkat antara kelab menentang kelab.

“Kali ini ia amat berlainan apabila kami sekali lagi akan berdepan atas nama negara, Belanda menentang Argentina.

“Jadi untuk itu sesungguhnya ia memerlukan komitmen keseluruhan anggota pasukan untuk lebih bersiap sedia bagi perlawanan ini,” katanya.

Van Dijk yang menyarung jersi Liverpool pernah berdepan Messi ketika gergasi liga Inggeris itu bangkit ketinggalan tiga gol untuk menjinakkan Barcelona dalam aksi timbal balik kedua Liga Juara-Juara 2019.

Artikel Berkaitan: