Anthony senyap-senyap jadi penumpang, tinjau keadaan LRT

Anthony melakukan tinjauan di stesen perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pada petang Isnin. - Foto FB Anthony Loke Siew Fook
Anthony melakukan tinjauan di stesen perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pada petang Isnin. - Foto FB Anthony Loke Siew Fook
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melakukan tinjauan secara mengejut di perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada petang Isnin.

Ujar beliau, tinjauan itu dilakukan tanpa memaklumkan kepada pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan media bagi merasai sendiri pengalaman pengguna pengangkutan awam terutamanya ketika waktu puncak.

“Petang tadi, saya meluangkan masa dua jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya semasa ‘peak-hour’ (waktu puncak) di antara jam 5 hingga 7 petang.

“Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang.

Anthony merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan LRT ketika waktu puncak. - Foto FB Anthony Loke Siew Fook
Anthony merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan LRT ketika waktu puncak. - Foto FB Anthony Loke Siew Fook

“Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau pada Isnin.

Susulan itu, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Prasarana pada minggu ini.

“Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh penumpang LRT.

Artikel Berkaitan:

“Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan hala tuju dan cara untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam kita,” katanya.