Farm Fresh didik kebaikan minum susu

Azmi (tiga dari kanan) bersama wakil dari Sim Education Group, Yumi Hoo, Pengerusi Persatuan Pusat Pendidikan Malaysia, Dr Lee Eng Hwa, Ketua Pegawai Eksekutif Flexigo Trip Sdn Bhd, Sean Yong, Presiden Persatuan Pengusaha Institusi Pendidikan Pulau Pinang Dr Lim Beng Suat dan wakil dari LTS Academia Teoh Xue Ni.
Azmi (tiga dari kanan) bersama wakil dari Sim Education Group, Yumi Hoo, Pengerusi Persatuan Pusat Pendidikan Malaysia, Dr Lee Eng Hwa, Ketua Pegawai Eksekutif Flexigo Trip Sdn Bhd, Sean Yong, Presiden Persatuan Pengusaha Institusi Pendidikan Pulau Pinang Dr Lim Beng Suat dan wakil dari LTS Academia Teoh Xue Ni.
A
A
A

FARM Fresh bekerjasama dengan Flexigo Trip Sdn Bhd (Flexigo Trip), Persatuan Pengusaha Institusi Pendidikan Pulau Pinang, LTS Academia, Persatuan Majikan Pusat Pendidikan Malaysia dan SIM Education Group untuk memberikan pendidikan awal mengenai kebaikan minum susu yang dijangka memberikan manfaat kepada 10,000 kanak-kanak di negeri itu.

Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal berkata, kerjasama itu melibatkan 100 institusi pendidikan termasuklah pusat tuisyen dan taska di sekitar Pulau Pinang.

Menurutnya, kerjasama itu juga akan memastikan ibu dan ayah akan memberikan pendidikan mengenai cara menyemak label sebelum susu diberikan kepada anak-anak mereka.

“Anak-anak juga bakal menikmati khasiat tenusu asli yang diperkaya dengan nutrisi penting untuk tumbesaran. Farm Fresh Grow diperbuat dengan tenusu lembu semula jadi dan diperkaya dengan DHA, Inulin, protein, kalsium, dan 22 vitamin dan mineral.

“Kami berharap kerjasama ini akan dikembangkan ke seluruh Malaysia untuk memastikan semua anak-anak dari prasekolah mendapat manfaat dari kebaikan susu. Susu Farm Fresh Grow ini diperbuat dengan tenusu lembu asli, dan diperkaya dengan nutrisi penting untuk anak-anak berumur setahun ke atas.

“Saya juga ingin menginagatkan ibu ayah untuk menjaga pemakanan dan diet anak-anak sejak kecil kerana pada tahun-tahun awal ini merupakan tahun yang paling penting untuk sistem imuniti dan tumbesaran mereka,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Farm Fresh yang diadakan di Queensbay Mall, pada Jumaat.

Hadir pada majlis itu ialah wakil dari Sim Education Group, Yumi Hoo, Pengerusi Persatuan Pusat Pendidikan Malaysia, Dr Lee Eng Hwa, Ketua Pegawai Eksekutif Flexigo Trip Sdn Bhd, Sean Yong, Presiden Persatuan Pengusaha Institusi Pendidikan Pulau Pinang Dr Lim Beng Suat dan wakil dari LTS Academia Teoh Xue Ni.

Azmi berkata, dengan format terbaharu susu rumusan yang sedia diminum, ibu bapa juga tidak perlu risau mengenai penyediaan susu untuk anak-anak.

Artikel Berkaitan:

“Susu Farm Fresh Grow boleh dibekalkan kepada anak-anak berserta sarapan atau makanan tengah hari yang disediakan untuk mereka setiap hari dan sesuai diminum di sekolah tanpa perlu dibancuh seperti susu formula biasa,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Institusi Pendidikan Pulau Pinang, Dr Lim Beng Suat berkata, kolaborasi itu akan membolehkan kanak-kanak di tadika, pusat pendidikan, taska, dan pusat tuisyen di bawah persatuannya untuk menikmati susu Farm Fresh Grow yang mengandungi khasiat yang baik dan penuh dengan kebaikan nutrisi yang membantu tumbesaran anak-anak.