Yakin PM mampu pikul tanggungjawab Menteri Kewangan

Saifudin (tengah) hadir dalam kempen ceramah bagi Parlimen Padang Serai di Lunas pada Ahad.
Saifudin (tengah) hadir dalam kempen ceramah bagi Parlimen Padang Serai di Lunas pada Ahad.
A
A
A

PADANG SERAI - Kerajaan Perpaduan yakin dengan pengalaman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yakin dengan kemampuan Anwar memandangkan keputusan itu telahpun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Semua nama yang dicadangkan telahpun dipersembahkan (kepada Yang di-Pertuan Agong) mengikut proses dan pastinya semua perkara telah diambil kira.

“Satu keputusan pasti ada pro dan kontra...dan kami akan terus bersamanya. Kami yakin dengan pengalaman beliau (Anwar), beliau mampu mengetuai kementerian penting ini,” katanya kepada media selepas menghadiri kempen ceramah bagi pilihan raya parlimen Padang Serai di Lunas di sini pada Ahad.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri ditanya berhubung tindakan terhadap keputusan Anwar untuk memegang portfolio kewangan dalam Kerajaan Perpaduan.

Anwar pernah menjawat jawatan itu selama lapan tahun dari 1991 hingga 1998 di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu.

Semasa tempoh perkhidmatannya, Anwar telah dinamakan sebagai Menteri Kewangan Terbaik oleh Asiamoney pada 1996, dan Euromoney dengan meletakkannya sebagai salah satu daripada empat Menteri Kewangan teratas pada masa itu.

Artikel Berkaitan: