Kuala Kangsar Cannon juara STL Perak

Kuala Kangsar Cannon muncul juara STL Perak yang julung kali diadakan di Batu Gajah.
Kuala Kangsar Cannon muncul juara STL Perak yang julung kali diadakan di Batu Gajah.
A
A
A

BATU GAJAH - Kuala Kangsar Cannon muncul juara dalam Kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) Perak yang julung kali diadakan di Dewan Bandaran Kinta di sini pada Ahad.

Kuala Kangsar Cannon mempertaruhkan regu Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin yang turut dinobatkan sebagai tekong terbaik, Muhammad Nazrien Daniel Mohd Kamal Mustafa (apit kanan) dan Muhammad Azwan Muhrim sebagai apit kiri telah berjaya membawa pulang medal dan wang tunai RM10,000.

Kinta Sword pula menjadi naib johan membawa pulang medal dan wang tunai RM7,000, Kampar Revolver (tempat ketiga) dan Perak Tengah Katana memperoleh tempat keempat.

Hadiah pengurusan terbaik diberikan kepada Kampar Revolver; Muhammad Fazaril Ikhmal Mohd Zaharudin dan Madzrul Aziq Mat Tahir dari Perak Tengah Katana dinobatkan sebagai pemain harapan dan apit kanan terbaik manakala apit kiri terbaik diberikan kepada Shohibul Fadillah Abd Salam daripada Kinta Sword.

Aksi perlawanan antara Kinta Sword dan Perak Tengah Katana pada siri keempat Kejohanan STL Perak di Batu Gajah.
Aksi perlawanan antara Kinta Sword dan Perak Tengah Katana pada siri keempat Kejohanan STL Perak di Batu Gajah.

Hadiah-hadiah disampaikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah pada majlis penutup dan penyampaian Hadiah Kejohanan STL Perak.

Hadir sama Presiden Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pegawai Daerah Kinta, Meor Hezbullah Meor Abd Malik.

Khairudin berkata, STL Perak mendapat sambutan menggalakkan dengan penglibatan 32 pemain terutama remaja di bawah usia 19 tahun daripada 12 daerah.

Artikel Berkaitan:

"Menerusi penganjuran kejohanan ini, kita dapat melihat ramai bakat baharu diketengahkan yang boleh menjadi pelapis kepada negeri dan persiapan dalam Sukan Malaysia (Sukma) akan datang.

"Kita akan teruskan dengan mencadangkan beberapa inisiatif antaranya menambah siri perlawanan kepada lima atau enam siri serta pertandingan mengikut daerah serta kategori," katanya.

Tambah beliau, penganjuran berterusan memberi impak positif agar tidak berlaku ketandusan bakat dan pelapis baharu dalam sukan sepak takraw.