Argentina lulus ujian Australia di Qatar 2022

Messi meraikan jaringannya semasa perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022, Argentina menentang Australia di Stadium Ahmad bin Ali, Doha. -Foto: EPA
Messi meraikan jaringannya semasa perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022, Argentina menentang Australia di Stadium Ahmad bin Ali, Doha. -Foto: EPA
A
A
A

ARGENTINA meneruskan misi pemburuan kejuaraan raja bola sepak dunia apabila mengesahkan slot suku akhir setelah menewaskan Australia 2-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Ahmad bin Ali pada Ahad.

Gol pada setiap separuh masa Argentina berjaya menghalang lonjakan lewat permainan Australia daripada membuahkan hasil, sekali gus mengesahkan kemaraan kuasa bola sepak Amerika Selatan tersebut.

Perlawanan bermula seimbang pada babak pertama, namun sentuhan kapten Argentina, Lionel Messi berjaya mengamatkan stadium dengan jaringan di minit ke-35 untuk kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-0 memihak angkatan Lionel Scaloni.

The Albiceleste kemudian meningkatkan tekanan pada babak kedua akhirnya memperoleh gol kedua hasil jaringan bintang Liga Perdana Inggeris, Manchester City Julián Álvarez yang memanfaatkan kealpaan bahagian pertahanan The Socceroos untuk melebarkan kedudukan pada minit ke-57'.

Jaringan Alvarez menyaksikannya menjadi adalah pemain keenam yang menjaringkan gol dalam setiap dua perlawanan Piala Dunia pertamanya untuk Argentina, dan yang pertama sejak Hernan Crespo pada 2006.

Anak buah Graham Arnold yang tidak mengalah kembali memperkemaskan permainan meningkatkan tekanan berjaya merapatkan jurang hasil jaringan sendiri minit ke-77, pemain kelab liga Portugal, Benfica FC, Enzo Fernández.

Keputusan itu membolehkan Argentina berdepan Belanda dalam perlawanan suku akhir di Stadium Lusail pada Sabtu depan.

Artikel Berkaitan: