Menteri, penjawat awam perlu ada hubungan baik

Md Shukri
Md Shukri
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap menteri dalam Kerajaan Perpaduan bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya sentiasa menjaga hubungan baik dengan penjawat awam yang berkhidmat di bawah mereka.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak tersebut perlu diperkukuh kerana segala dasar atau polisi yang diperkenalkan menteri akan dijalankan oleh kakitangan berkenaan.

Menurut beliau, ia sekali gus menjadi peringatan awal buat setiap parti politik yang terlibat dalam pembentukan kerajaan untuk mengelakkan sebarang kontroversi dengan mereka.

“Bagi parti yang mentadbir negara tidak boleh sesekali untuk kelihatan tidak bersama dengan penjawat awam, sepatutnya semua parti poltik tidak boleh mengecam penjawat awam dan merendahkan mereka.

“Parti politik seharusnya memberi penekanan positif terhadap penjawat awam bahawa mereka banyak membantu negara dalam pengurusan pentadbiran,” katanya dalam program Sinar Live: ‘Inilah Kabinet Anwar’ yang dihoskan Fahiz Ariff pada Jumaat.

Hadir sama dalam program tersebut, Ahli Majlis Perundingan Pertanian Negara, Profesor Datin Fatimah Mohamed Arshad dan pemerhati politik, Iswardy Morny.

Tambah beliau, individu yang dilantik sebagai menteri mesti bersifat idealisme bagi menjayakan khidmat kepada masyarakat.

Ujarnya, jika sifat itu tiada dalam diri mereka maka ia akan memudahkan berlakunya sebarang anasir pihak luar dalam kementerian.

Artikel Berkaitan:

“Dalam konteks demokrasi profesionalisme dan iltizam idealisme mesti diambil kira,” tambah Md Shukri.