Agong kurnia watikah pelantikan 11 perwakilan ke luar negara

Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Mohammad Azhar Mazlan di Istana Negara hari ini. Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Mohammad Azhar Mazlan di Istana Negara hari ini. Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 11 perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara di sini.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu Datuk Seri Ahmad Fadil Samsuddin yang juga bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja; Duta Besar Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai dan Duta Besar Malaysia ke Jerman Dr Adina Kamarudin.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Mohammad Azhar Mazlan; Duta Besar Malaysia ke Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman; Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Ilham Tuah Illias dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki.

Selain itu, Duta Besar Malaysia ke Senegal, Zainal Izran Zahari; Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Mohd Adli Abdullah; Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Badli Hisham Adam.
Artikel Berkaitan:


Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin. - Bernama