Busquets nafi Sepanyol sengaja kalah

Busquets menjelaskan Sepanyol gagal bermain dengan baik dalam perlawanan menentang Jepun.
Busquets menjelaskan Sepanyol gagal bermain dengan baik dalam perlawanan menentang Jepun.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN tengah Sepanyol, Sergio Busquets menafikan La Roja sengaja tewas kepada Jepun 1-2 dalam aksi terakhir kumpulan E Piala Dunia 2022 pada Jumaat.

Menurutnya, tanggapan bahawa pasukan gergasi Eropah itu mahu mengelak kemungkinan bertemu Brazil pada pusingan suku akhir adalah tidak benar.

"Kami mahu menang dan menjadi yang pertama. Dengan siapa pun kami akan jumpa di pusingan seterusnya, ia tidak menjamin akan lebih mudah atau sukar.

"Kami tidak mahu ini berlaku, niat kami untuk menang. Untuk meneruskan saingan, kami mempunyai pusingan 16 menentang Maghribi yang akan menjadi perlawanan yang sangat sukar," katanya.

Sepanyol layak ke pusingan seterusnya apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan kedua dengan empat mata.

Busquets juga menegaskan Jepun bermain dengan sangat baik dan pasukannya gagal untuk mencipta peluang berbahaya.

"Kami tidak rasa selesa dalam perlawanan ini. Mereka membuat hantaran dengan baik dan menyebabkan kami sukar untuk mencipta gerakan.

"Kami tahu ia akan berlaku dan sangat memalukan apabila melepaskan dua gol. Kami perlu teruskan dan memperbaiki kesilapan dalam pusingan seterusnya," katanya.

Artikel Berkaitan: