Perancis berang gol Griezmann dibatalkan

Griezmann
Griezmann
A
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Perancis (FFF) telah membuat aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas gol jaringan penyamaan Antoine Griezmann dibatalkan ketika kekalahan dalam aksi terakhir kumpulan D menentang Tunisia 0-1 pada Rabu.

Griezmann menjaringkan gol pada minit kelapan dalam masa tambahan, namun tidak disahkan apabila penyerang itu dipersalahkan kerana ofsaid ketika Aurelien Tchouameni menghantar bola ke dalam kotak penalti.

Bola itu dilihat terkena kepala pertahanan Tunisia terlebih dahulu sebelum sampai ke kaki Griezmann untuk meledak gol penyamaan.

Namun, pengadil yang memeriksa video bantuan pengadil (VAR) membatalkan gol tersebut kerana Griezmann dalam kedudukan ofsaid.

"Kami menulis aduan selepas gol Antoine Griezmann tidak disahkan dan menurut kami ia adalah gol yang dibenarkan.

"Aduan ini akan difailkan dalam masa 24 jam selepas perlawanan berakhir," kata FFF.

Tunisia tersingkir daripada kejohanan manakala Perancis mara ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan D dan akan menentang Poland Ahad ini.

Artikel Berkaitan: