Sahruddin angkat sumpah MB baharu Johor

Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini. - Foto Royale Press Ofiice
Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini. - Foto Royale Press Ofiice
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] ADUN Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal sah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 berkuat kuasa hari ini.

Sahruddin yang sebelum ini Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri dilantik menggalas tanggungjawab itu selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan menerima peletakan jawatan yang dikemukakan bekas menteri besar sebelum ini, Datuk Osman Sapian menerusi satu pertemuan di Istana Pasir Pelangi, di sini, semalam.

Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Sahruddin berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini pada jam 9.30 pagi tadi.

Terdahulu, kenderaan dinaiki Sahruddin mula memasuki perkarangan istana pada jam 8.50 pagi.

Sahruddin dijadualkan untuk mengadakan sidang akhbar pertamanya selaku menteri besar di Ibu Pejabat Bersatu negeri, di sini, pada jam 11 pagi nanti.

Berikut latar belakang Sahruddin:-

- ADUN dari parti Bersatu

- Setiausaha PH Johor

- Tarikh lahir: 26 Mei 1975

- Umur: 43 tahun

- Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) Universiti Hasanuddin, Makasar, Indonesia

- Isteri: Dr Nila Armila Mukhdan

- Anak: 3 orang (perempuan)

- Memiliki klinik sendiri di Pagoh

- Pada PRU14 lalu Sahruddin menang kerusi DUN Bukit Kepong menewaskan calon BN, Mohd Noor Taib dengan majoriti undi 1,273

Artikel Berkaitan: