Hujan berterusan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana diaktifkan

Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat negeri dan daerah diaktifkan selepas MET mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning (waspada) pada jam 3 petang, pada Rabu. - Gambar hiasan
Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat negeri dan daerah diaktifkan selepas MET mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning (waspada) pada jam 3 petang, pada Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat negeri dan daerah diaktifkan selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning (waspada) pada jam 3 petang, pada Rabu.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana itu juga perlu meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat negeri dan daerah juga dimohon untuk memastikan setiap PPS dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.

"Nadma melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal dan sentiasa dalam kesiapsiagaan," kata kenyataan itu.

Amaran hujan berterusan itu dijangka berlaku di beberapa negeri iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.

Artikel Berkaitan: