Letak kerusi, meja di laluan utama, permit dibuka sehingga Jun ini

Mohd Masni
Mohd Masni
A
A
A

SEGAMAT - Peniaga diingatkan untuk memohon permit sekiranya berhasrat meletakkan kerusi dan meja makan di laluan utama.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Mohd Masni Wakiman berkata, mereka diberi tempoh sehingga Jun ini untuk memohon kebenaran daripada MPS bagi meletakkan barangan itu.

“Segala barang perniagaan yang diletakkan di luar termasuk di petak letak kereta dan mana-mana tempat awam perlu mengikut syarat-syarat ditetapkan.

“Tindakan penguatkuasaan boleh diambil jika gagal mendapatkan permit berkenaan. Ia dibuka sejak Januari sehingga Jun ini,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, peniaga perlu mendapatkan kebenaran melalui borang permohonan di kaunter Bahagian Pelesenan MPS pada waktu pejabat.

“Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Jabatan Penguatkuasaan MPS di kaunter 7 atau hubungi talian 07-9314455,” katanya.

Artikel Berkaitan: