Polis sahkan Che'gu Bard dipanggil beri keterangan

Cyril
Cyril
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Mersing mengesahkan telah memanggil seorang individu dikenali sebagai Che'gu Bard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin untuk memberikan keterangan berhubung hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, aktivis berusia 44 tahun itu dipanggil memberikan keterangan di Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing pada Rabu.

Menurutnya, pada 17 November 2022 lalu, polis menerima satu laporan daripada orang awam berhubung hantaran dalam Facebook Che'gu Bard Original.

"Susulan itu, polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4 A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

"Individu berkenaan juga telah dipanggil untuk memberikan kenyataan berhubung perkara itu di JSJ IPD Mersing hari ini," katanya ketika Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor pada Rabu.

Sebelum itu menerusi laman Facebooknya, Che' gu Bard mendakwa siasatan berkenaan dibuat berkenaan beberapa isu yang dibangkitkannya seperti perlombongan emas, perlombongan pasir dan juga khazanah Mersing yang telah dibawa keluar.

Mengulas mengenai respon Che'gu Bard di laman Facebooknya yang mendakwa tidak tahu akan disiasat di bawah akta mana, Cyril berkata, perkara berkenaan telahpun dijelaskan oleh pegawai bertugas.

"Pegawai telah maklumkan siasatan dijalankan di bawah seksyen yang saya sebutkan tadi.

Artikel Berkaitan:

"Sebab itulah, kami ada 'powers of investigation' untuk panggil dia ke balai polis beri keterangan," katanya.