Pelajar politeknik ditemukan lemas di air terjun Lata Goleng

Mohd Adnin (kanan) bersama anggota membawa jenazah keluar dari lokasi kejadian di air terjun Lata Goleng, Kampung Sungai Rual, Jeli pada Selasa.
Mohd Adnin (kanan) bersama anggota membawa jenazah keluar dari lokasi kejadian di air terjun Lata Goleng, Kampung Sungai Rual, Jeli pada Selasa.
A
A
A

JELI - Seorang pelajar Politeknik Jeli ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh di air terjun Lata Goleng, Kampung Sungai Rual di sini, pada Selasa.

Mangsa, Wan Mohammad Syahiid Wan Abdul Aziz, 20, dikatakan terjatuh ke dalam air semasa sedang memancing bersama rakan-rakan pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adnin Ibrahim berkata, mayat mangsa ditemui tiga meter dari tempat mangsa dipercayai jatuh sekitar jam 10.40 pagi.

Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 4.43 petang Isnin dan seramai 13 anggota serta pegawai terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

"Siasatan awal mendapati mangsa disyaki terjatuh di dalam air dan berkemungkinan lemas," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, keadaan paras air ketika itu naik kerana hujan lebat.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: