Insiden kepala air: Dua wanita China ditemukan lemas

Dua wanita warga China ditemukan lemas selepas dihanyutkan dalam insiden kepala air ketika mandi di air terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini petang Rabu.
Dua wanita warga China ditemukan lemas selepas dihanyutkan dalam insiden kepala air ketika mandi di air terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini petang Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua wanita warga China ditemukan lemas selepas dihanyutkan dalam insiden kepala air ketika mandi di air terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini petang Rabu.

Fenomena kepala air di kawasan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat di bahagian hulu sungai yang menyebabkan paras air terjun menjadi tinggi dengan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat Xia Yuan Ling, 55, ditemukan tersangkut di celahan batu pada jam 6.18 petang kira-kira 200 meter dari tempat kedua-dua mangsa dilaporkan hanyut.

"Manakala mangsa kedua ditemui pada jam 10.20 malam di celah batu, 50 meter dari lokasi Yuan Ling dijumpai.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan kedua-dua wanita pada jam 5.30 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Operasi pencarian ditamatkan pada jam 11 malam," katanya. - Bernama