Bukan mustahil Dragons atasi Three Lions

Bale (tengah) dan Ramsey (kanan) taruhan Wales bagi menutup mulut pengkritik apabila berdepan England dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Ahmed bin Ali, awal pagi Rabu. - Foto AFP
Bale (tengah) dan Ramsey (kanan) taruhan Wales bagi menutup mulut pengkritik apabila berdepan England dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Ahmed bin Ali, awal pagi Rabu. - Foto AFP
A
A
A

GARETH Bale dan Aaron Ramsey disifatkan dua watak penting menjelang perlawanan terakhir Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022, Wales menentang England di Stadium Ahmed bin Ali, awal pagi Rabu.

Pemain tengah Wales, Joe Allen berkata, kelibat dua pemain berpengalaman itu cukup penting kepada The Dragons kendalian Rob Page selepas gagal memberi impak berdepan Iran sebelum ini.

Malah jelas Allen percaya kedua-duanya yang menanggung kritikan selepas tewas kepada Iran akan bangkit semula dalam misi menghidupkan peluang pasukan mara ke pusingan 16 terbaik.

Mereka adalah dua pemain yang luar biasa, luar biasa dan telah berkhidmat untuk negara Wales. Saya tidak fikir ada sesiapa dalam skuad ini yang mencapai tahap seperti mereka.

“Berdepan England merupakan perlawanan besar buat kedua-duanya. Jadi saya percaya segala kritikan yang diterima ketika berdepan Iran akan dijawab pada perlawanan menentang England,” Allen.

Anak buah Page kini berada tangga tercorot Kumpulan B selepas mengumpul satu mata selepas mengharungi dua perlawanan.

The Dragons bermula baik apabila bangkit mengikat Amerika Syarikat (AS) 1-1 di Stadium Ahmed bin Ali pada 22 November lalu.

Namun Wales dikejutkan kekalahan 0-2 kepada Iran selepas penjaga gol Wayne Hennessey dilayangkan kad merah pada minit ke-'86' yang dijaringkan Rouzbeh Cheshmi ('98') dan Ramin Rezaeian ('101').

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama Allen mengakui para pemain The Dragons sudah bersedia menyalakan semula harapan Wales untuk mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun apabila berdepan The Three Lions.

“Ia adalah satu tugas yang sukar, namun bukan mustahil cumanya akan sentiasa tidak selesa apabila kita bergantung kepada keputusan antara Amerika Syarikat dan Iran dalam perlawanan lain.

“Tetapi sementara masih ada peluang, ia sangat mudah untuk pasukan. Kami bermotivasi sepenuhnya dan mengorbankan segala-galanya untuk meraih kemenangan.

“Siapa tahu, semoga sementara masih ada peluang kami boleh mara dari kumpulan ini,” kata Allen.