Terkapai-kapai minta tolong sebelum tenggelam

Anggota PPDA menjalankan operasi mencari di dasar sungai. - Foto ihsan JBPM Selangor
Anggota PPDA menjalankan operasi mencari di dasar sungai. - Foto ihsan JBPM Selangor
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki ditemui lemas selepas dilihat terkapai-kapai di dalam sungai oleh seorang saksi berhampiran Flat Permai Indah, Pandamaran Jaya di sini, pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 10 anggota bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.34 pagi.

Setelah membuat 'size-up', pemanggil memberitahu ternampak seorang lelaki dewasa berumur lingkungan 50-an turun ke dalam air sebelum terkapai-kapai meminta tolong dan terus hilang dari pandangan.

"Anggota bomba telah menyusuri sepanjang sungai sementara anggota PPDA melakukan selaman di dasar sungai," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mayat mangsa ditemui sekitar satu km dari tempat dia dilihat turun ke sungai berkenaan. - Foto ihsan JBPM Selangor
Mayat mangsa ditemui sekitar satu km dari tempat dia dilihat turun ke sungai berkenaan. - Foto ihsan JBPM Selangor

Norazam berkata, mangsa berjaya ditemui di dasar sungai berkenaan oleh pasukan PPDA selepas beberapa jam operasi mencari dijalankan.

"Mayat mangsa ditemui sekitar satu kilometer (km) dari tempat dia dilihat turun ke sungai.

"Pasukan penyelamat membawa mangsa ke atas darat dan menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.42 petang dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.