Kerajaan Perpaduan: Bukan masanya buat tuntutan - Hajiji

Hajiji (kanan) ketika ditemui media selepas perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri.
Hajiji (kanan) ketika ditemui media selepas perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat sebarang tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sebaliknya menyatakan, sokongan perlu diberikan kepada Anwar dalam menerajui Kerajaan Perpaduan yang baru dibentuk.

"Ini bukan masanya (tuntutan daripada Sabah), saya ingat kita sokong dulu.

"Saya berterima kasih kerana diberi peluang bertemu dengan Perdana Menteri. Tujuan utama kita adalah untuk menyatakan sokongan daripada Kerajaan Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Beliau mengalu-alukannya dan amat menghargai sokongan yang telah kita zahirkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama Anwar di Pejabat Perdana Menteri di sini, pada Ahad.

Perjumpaan itu difahamkan berlangsung selama 45 minit, bermula kira-kira jam 3.15 petang.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS memberitahu, parti gabungan itu hanya menghantar surat sokongan kepada Anwar dan tiada perbincangan melibatkan agihan jawatan Kabinet.

"Kita cuma hantar surat sokongan, tak ada bincang (jawatan Kabinet) kerana yang utama adalah memberikan sokongan kepada kepimpinan beliau," jelasnya.

Artikel Berkaitan: