JDT persembah trofi Piala Malaysia kepada Sultan Johor

Sultan Ibrahim menerima menghadap pasukan bola sepak JDT yang mempersembahkan trofi Piala Malaysia 2022. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim menerima menghadap pasukan bola sepak JDT yang mempersembahkan trofi Piala Malaysia 2022. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempersembahkan trofi Piala Malaysia 2022 kepada baginda.

Menerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad, pertemuan itu turut disertai ahli pasukan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Turut sama hadir ialah Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards; Pengarah Sukan, Martin Prest; Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio serta kapten kelab, Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Natxo Insa.

JDT memahat sejarah apabila muncul pasukan pertama Liga Malaysia (Liga-M) merangkul gelaran quadruple selepas menewaskan juara 33 kali Selangor FC, 2-1 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Harimau Selatan sebelum ini merangkul trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih), Piala FA dan Piala Liga Super di dalam senarai kabinet kejuaraan musim 2022.

Artikel Berkaitan: