Senegal raih kemenangan pertama

Pemain-pemain Senegal meraikan kejayaan mereka menewaskan Qatar dalam aksi kumpulan A Piala Dunia 2022 - Foto: EPA
Pemain-pemain Senegal meraikan kejayaan mereka menewaskan Qatar dalam aksi kumpulan A Piala Dunia 2022 - Foto: EPA
A
A
A

SENEGAL bangkit daripada tewas pada perlawanan pertama apabila menang menentang tuan rumah Qatar 3-1 dalam aksi kumpulan A Piala Dunia Qatar 2022.

Pada perlawanan yang berlangsung di Al Thumama Stadium itu, anak buah Aliou berjaya mendahului pada babak pertama menerusi jaringan Boulaye Dia pada minit ke-41.

Gol yang dijaringkan Boulaye itu nyata memberi semangat buat pemain Senegal apabila sekali lagi membolosi gawang tuan rumah pada awal permulaan babak kedua menerusi Famara Diedhiou.

Tuan rumah bagaimanapun berjaya merapatkan jurang gol apabila memperoleh jaringan yang dihasilkan Mohammed Muntari pada minit ke-78.

Bagaimanapun Senegal berjaya menoktahkan kemenangan menerusi jaringan ketiga Bamba Dieng pada minit ke-84 sekaligus menghadiahkan tiga mata berharga buat pasukannya.

Selepas ini, Senegal akan bertemu Ecuador pada aksi terakhir kumpulan A yang akan berlangsung Khalifa International Stadium Selasa ini.

Artikel Berkaitan: