Kes rogol: Trump kena saman kali kedua

Carroll failkan saman kedua ke atas Donald Trump yang didakwa memperkosanya pada 1990-an. - Foto Agensi
Carroll failkan saman kedua ke atas Donald Trump yang didakwa memperkosanya pada 1990-an. - Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Penulis, E Jean Carroll memfailkan saman kedua ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang didakwa memperkosanya pada 1990-an.

Carroll, 78, adalah antara orang pertama yang mengemukakan tuntutan undang-undang di bawah Akta Orang Dewasa Terselamat yang dikhususkan untuk individu berusia 18 tahun ke atas yang berkuat kuasa pada Khamis.

Wanita itu mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah bilik persalinan gedung beli-belah mewah, Bergdorf Goodman di New York, kira-kira 27 tahun lalu.

Sebelum ini, bekas kolumnis majalah Elle tersebut pernah mengemukakan saman fitnah terhadap Trump selepas bilionair hartanah itu mendakwanya berbohong ketika dia mendedahkan kes tersebut pada tahun 2019.

Pada masa itu, Trump menafikan tuduhan rogol tersebut malah beliau menjelaskan tidak mengenali Caroll dan wanita itu bukan 'jenis yang diminatinya'.

Menerusi saman terbaharu tersebut, Carroll menuntut ganti rugi punitif yang tidak ditentukan untuk impak psikologi, penderitaan dan kesan kepada reputasinya.

Difahamkan, perbicaraan sivil untuk kes berkenaan dijadualkan pada 6 Februari depan. - Agensi

Artikel Berkaitan: