Bayaran 'one-off' RM1,000 kepada penggali kubur

Aminuddin (berdiri) ketika Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang ke-14, pada Jumaat.
Aminuddin (berdiri) ketika Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang ke-14, pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan bayaran insentif 'one-off' berjumlah RM1,000 akan diberi kepada penggali kubur pada tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Sikamat) berkata, insentif yang membabitkan peruntukan RM0.90 juta itu sebagai tanda kasih sayang dan menghargai jasa seramai 909 penggali kubur.

Kita sangat sinonim dengan watak Tok Hadi dalam drama Tanah Kubur. Wajah tenang Tok Adi dan kata-kata nasihat sentiasa jadi mainan rakyat Malaysia.

"Namun mesej tersembunyi yang ingin disampaikan ialah akhlak dan pengorbanan Tok Adi yang sanggup memerah kudrat bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah untuk menggali kubur apabila berlaku kematian," katanya.