Tun M ucap tahniah kepada Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat, Dr Mahathir juga mengucapkan selamat maju jaya kepada seterunya, Anwar.

"Saya ucap tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim @anwaribrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Selamat maju jaya," ciapnya ringkas.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baharu di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara, pada Khamis.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Artikel Berkaitan: