Anwar mula tugas rasmi sebagai Perdana Menteri

Anwar memulakan tugas rasminya sebagai Perdana Menteri di Perdana Putra di sini hari ini. Foto Bernama
Anwar memulakan tugas rasminya sebagai Perdana Menteri di Perdana Putra di sini hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Selepas 17 jam mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di bangunan Perdana Putra bagi menjalankan tugas rasminya.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu diiringi pengawal pengiring tiba pada jam 9.52 pagi Jumaat.

Anwar dijadualkan memulakan tugasnya pagi ini dengan mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya.

Ahli Parlimen Tambun itu dijangka akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Balai Singgahsana Kecil Istana Negara di ibu negara pada Khamis.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ia sekali gus menamatkan teka-teki selepas lima hari Parlimen berada dalam situasi tergantung berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu menyaksikan tiada mana-mana pihak berjaya mendapat majoriti 50 peratus daripada kerusi dipertandingkan.

Artikel Berkaitan: