Switzerland buka kempen dengan langkah kanan

Antara aksi perlawanan Switzerland menentang Cameroon di Al Janoub Stadium -Foto EPA
Antara aksi perlawanan Switzerland menentang Cameroon di Al Janoub Stadium -Foto EPA
A
A
A

SWITZERLAND memulakan kempen Piala Dunia Qatar 2022 dengan langkah kanan selepas menewaskan Cameroon dalam aksi kumpulan G sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Al Janoub Stadium, jaringan tunggal penyerang Switzerland, Breel Embolo sudah cukup untuk memastikan skuad bimbingan Murat Yakin meraih tiga mata pada aksi pertama mereka di kejohanan tersebut.

Selepas ini, Switzerland akan berdepan tugas sukar apabila dijadual bertemu Brazil pada Selasa ini diikuti perlawanan terakhir mereka menentang Serbia pada tiga Disember ini.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Switzerland di Piala Dunia adalah di suku akhir yang dilakar pada tahun 1934, 1938 dan 1958.

Artikel Berkaitan: