Sultan Johor, Tunku Ismail zahir ucapan tahniah kepada Anwar

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Khamis menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi poster yang dimuat naik di Facebook rasmi baginda ‘Sultan Ibrahim Sultan Iskandar’ sebentar tadi.

Turut menzahirkan tahniah ialah anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, juga di laman Facebook rasmi baginda.

Ucapan berkenaan turut dizahirkan menerusi poster Ahli Parlimen Tambun di Facebook ‘HRH Crown Prince of Johor’.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, Kuala Lumpur, petang Khamis.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

Artikel Berkaitan: