Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Canselor UMK

Sultan Muhammad V (kanan) berkenan menerima Pemasyhuran Canselor daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff (kiri) sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor dan Konvokesyen Ke-12 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di UMK Bachok pada Rabu. - Foto Bernama
Sultan Muhammad V (kanan) berkenan menerima Pemasyhuran Canselor daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff (kiri) sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor dan Konvokesyen Ke-12 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di UMK Bachok pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

BACHOK - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Rabu dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor & Konvokesyen ke-12 universiti itu di sini.

Pada majlis itu, adinda baginda Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pula dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor UMK.

Turut berangkat ke Istiadat Pemasyhuran itu Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah dan Raja Perempuan, Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Razali Che Razak berkata, seramai 2,211 graduan akan menerima ijazah dalam lima sidang konvokesyen itu dari 23 hingga 25 November ini.

"Dalam sidang pertama pada hari ini, majlis meraikan seramai 97 graduan. Secara terperincinya, seramai 23 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, seorang graduan Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA), 58 graduan Ijazah Sarjana dan 15 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

"Istimewanya, hari ini UMK turut meraikan 10 graduan sulung bagi Sarjana Komunikasi Perniagaan daripada Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berkata, UMK menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang menerima Akreditasi Antarabangsa berkaitan keusahawanan dan diiktiraf sebagai universiti awam keusahawanan pertama oleh Accreditation Council for Entrepreneurial and Engaged University (ACEEU).

"Kesemua pencapaian dan pengiktirafan ini menunjukkan warga UMK mempunyai jiwa yang besar, berwawasan jauh dan berjaya menjadi peneraju dalam dunia akademia serta keusahawanan dengan acuan yang tersendiri," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: