Kerjasama BN-PH di Perak belakangkan suara akar umbi

Saarani jadi Menteri Besar Perak hasil gabungan antara BN-PH.
Saarani jadi Menteri Besar Perak hasil gabungan antara BN-PH.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Raja, Wan Dzahanurin Ahmad berkata keputusan pengabungan kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) di Perak telah membelakangi suara akar umbi yang diputuskan ketika Perhimpunan Agung UMNO lalu, iaitu 'No Anwar, No DAP'.

"Belum reda kemelut pemilihan Perdana Menteri ke-10 setelah selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), rakyat dikejutkan dengan keputusan BN bekerjasama dengan PH dan DAP untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.

"Walaupun Perikatan Nasional (PN) adalah mendapat 26 kerusi terbanyak, berbanding BN (24) dan PH-DAP (9), keputusan pengabungan kerjasama BN-PH (DAP) itu ternyata membelakangi suara akar umbi," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan itu juga mengesahkan cakap-cakap sebelum pilihan raya bahawa pemimpin UMNO sedang mengusahakan suatu bentuk jajaran baharu dengan PH-DAP.

Pada PRU15, PN memenangi 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, manakala PH dan BN masing-masing meraih 24 dan sembilan kerusi sebelum bekerjasama membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-15 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin.

Pengerusi BN Negeri itu menerima watikah pelantikan daripada Sultan Nazrin yang kemudian mengangkat sumpah jawatan di hadapan baginda di Istana Iskandariah, di sini.

Pembentukan kerjasama menerusi gabungan dua parti itu memperoleh sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada keseluruhan 59 kerusi, sekali gus melepasi majoriti mudah 30 kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan: