Kecederaan Nunez bikin Uruguay resah

Nunez dipercayai mengalami kecederaan buku lali. Foto Agensi
Nunez dipercayai mengalami kecederaan buku lali. Foto Agensi
A
A
A

KEM Uruguay diselubungi kebimbangan apabila pemain sensasi, Darwin Nunez mengalami kecederaan buku lali menjelang sepak mula saingan Kumpulan H Piala Dunia menentang Korea Selatan pada Khamis.

Penyerang Liverpool berusia 23 tahun itu meninggalkan sesi latihan sebelah malam pada Selasa.

Akhbar Uruguay, El Pais melaporkan, Nunez mengalami masalah di buku lali dan terpaksa menarik diri daripada sesi latihan.

Namun dia dipercayai kembali ke padang selepas mendapat rawatan dan tetap disenaraikan untuk aksi menentang Korea Selatan di Stadium Education City pada jam 9 malam.

Nunez ketika ini bersaing dengan Luis Suarez dan Edison Cavani untuk mendapatkan tempat dalam barisan kesebelasan skuad bimbingan Diego Alonso itu.

“Aksi pertama adalah misi utama dan Korea Selatan pasukan kuat. Semua pasukan kuat, begitu juga kami. Kami mahu mara lebih jauh dan tentunya mahu menjuarai Piala Dunia,” ujar Nunez

Juara dunia dua kali itu mara ke suku akhir di Rusia pada 2018 selepas menewaskan Portugal dan Nunez mahu membawa kejayaan kepada Uruguay selepas hanya menyaksikan Piala Dunia terakhir di atas sofa.

“Uruguay bukan pasukan pilihan tetapi kami akan berjuang. Empat tahun lalu saya menyaksikan kejohanan di televisyen dan sekarang saya berada di sini dengan semua pencabar. Ia baru bermula,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Nunez mengikut langkah bekas bintang Liverpool, Suarez yang memuji peledak baharu Liverpool itu.

“Nunez kini beraksi di Liverpool seperti saya jangka. Dia 'meletup' dan saya yakin dia akan dapat menjaringkan banyak gol dan trofi di sana.

“Saya kerap berhubung dengannya. Saya ingin membantunya dan mahu dia belajar daripada kesilapan saya,” ujar Suarerz.