Dana pengurusan RM31,000 sebulan

Anak-anak yatim dan asnaf memerlukan dana bagi meneruskan kehidupan seharian. Foto: Ihsan Al-Barakh
Anak-anak yatim dan asnaf memerlukan dana bagi meneruskan kehidupan seharian. Foto: Ihsan Al-Barakh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 38 anak yatim dan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf al-Barakh Malaysia di Keramat di sini memerlukan dana berjumlah RM31,000 sebulan bagi pengurusan harian.

Pengasas Asnaf al-Barakh Malaysia, Yusof Nor berkata, jumlah itu diperlukan bagi kos operasi asrama dan keperluan anak-anak termasuk makan minum, sekolah, sewa asrama RM2,000 sebulan dan utiliti.

“Kami sudah beroperasi selama 12 tahun dan ketika ini ada 38 penghuni termasuk 11 anak yatim manakala selebihnya asnaf yang berusia seawal usia enam bulan sehingga ke Tingkatan Satu.

“Asrama kali ini yang kelima kerana kami berpindah-randah di banyak tempat sebelum ini kerana tak mampu tampung sewa,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Beliau berkata, Asnaf al-Barakh Malaysia sehingga sekarang mengharapkan sumbangan daripada orang ramai.

“Mudah-mudahan semua yang ke arah memperjuangkan agama dapat membantu anak-anak yatim dan asnaf ini,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan Kebajikan Asnaf al-Barakh Malaysia Bank Islam 12113010-04-4327 atau hubungi Yusof di talian 017-2474 550.

Artikel Berkaitan: