Rahsia taktikal Brazil

Sesi latihan pemain Brazil dari kiri, Richarlison, Raphinha dan Neymar menjelang perlawanan menentang Serbia pada Jumaat. Foto EPA
Sesi latihan pemain Brazil dari kiri, Richarlison, Raphinha dan Neymar menjelang perlawanan menentang Serbia pada Jumaat. Foto EPA
A
A
A

SKUAD Brazil berteka-teki dengan taktikal aksi pertama mereka menentang Serbia dalam saingan Kumpulan G Piala Dunia di Stadium Lusail pada Jumaat.

Bagaimanapun skuad bimbingan Tite itu akan kekal dengan taktikal tradisi mereka menerusi corak permainan menyerang dalam misi memburu kejuaraan keenam piala berprestij itu.

Penyerang Brazil Raphinha berkata, tanpa mengira pemain mana yang diturunkan misi skuad Selecao yang dibarisi sembilan penyerang ialah mahu meraih kemenangan dalam setiap aksi di bumi Qatar ini.

Beliau berkata, jurulatih tidak memberi bayangan mengenai pemilihan pemain menjelang aksi pertama dan tiada sebarang jaminan buat Vinicius Jr untuk berada dalam kesebelasan

“Kami adalah pasukan menyerang dan mempunyai ramai pemain hadapan akan membantu kami kerana DNA kami,” ujar Raphinha.

Tite masih berahsia mahu meletakkan Fred dengan rakan sepasukannya di Manchester United, Casemiro untuk memantapkan bahagian tengah atau menggandingkan Vinicius bersama Neymar, Richarlison dan Raphinha.

Lucas Paqueta pula boleh bermain sebagai pemain kedua atau ketiga di bahagian tengah bergantung kepada taktikal sesuatu perlawanan itu.

“Penampilan Vinicius menjadikan pasukan lebih pantas dan memiliki Paqueta akan membuatkan Brazil lebih berbahaya di bahagian tengah,” ujar Raphinha.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu penyerang Richarlison turut senada dengan Raphinha mengenai formasi yang perlu digunakan Brazil dan memberitahu dengan jelas apa yang dia mahu jurulatih lakukan.

“Saya akan bermain dengan seberapa ramai pemain di bahagian hadapan.

“Lebih ramai penyerang, saya akan kerap menerima bola dan mampu menjaringkan lebih banyak gol. Itulah yang saya mahu, menjadi nombor 9 Brazil,” kata Richarlison.

Selepas menentang Serbia awal pagi Jumaat skuad Selecao akan berdepan saingan Switzerland dan Cameroon.