Anwar bimbang lihat sentimen perkauman diapikan

Anwar
Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kebimbangan melihat sentimen dan retorik perkauman yang terus diapikan oleh segelintir pihak yang terdesak dan berkepentingan terutamanya di saat penting ketika ini.

Anwar berkata, usaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan.

"Kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

"Saya amat mengalu-alukan kenyataan tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam menghentikan perkembangan yang mampu menggugat kemajmukan Malaysia ini," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini Acryl Sani dilapor memberi amaran kepada pengguna media sosial ekoran banyak kandungan menyentuh sentimen perkauman dan keagamaan serta menghina institusi diraja sejak PRU15 berlangsung.

Beliau berkata, sejak keputusan PRU15 diumumkan, polis mengesan pelbagai bentuk kandungan yang menyentuh sentimen perkauman dan agama serta menghina institusi diraja melalui media sosial.

Susulan itu, Acryl memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platfom itu.

Artikel Berkaitan: