Perancis boleh harap khidmat Mbappe

Mbappe
Mbappe
A
A
A

PENYANDANG juara, Perancis menyandarkan harapan kepada Kylian Mbappe apabila berdepan Australia dalam aksi Kumpulan D Piala Dunia 2022 di Stadium Al Janoub pada awal pagi Rabu.

Penyerang veteran Perancis, Olivier Giroud percaya bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu mampu menggalas tanggungjawab dikosongkan Karim Benzema yang mengalami kecederaan.

“Sudah tentu terdapat perbezaan ketara dalam skuad Perancis kali ini berbanding ketika kami menjulang kejuaraan di Rusia empat tahun lalu.

“Tetapi dalam tempoh beberapa tahun selepas Perancis menjulang Piala Dunia 2018, Mbappe telah berkembang dengan pengalaman dan kematangannya.

“Saya percaya dia akan menjadi bahagian paling penting dalam jentera serangan pasukan dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Dunia di Qatar,” katanya.

Mbappe menjadi watak penting skuad Les Bleus ketika menjuarai Piala Dunia 2018 termasuk meledak satu gol bagi membenam Croatia 4-2 dalam aksi final.

Giroud berkata, penampilan Mbappe di pentas Piala Dunia empat tahun lalu ibarat seorang kanak-kanak yang baru mengenali dunia bola sepak.

Bagaimanapun, Giroud memberitahu, Mbappe yang baru berusia 23 tahun semakin matang dalam meniti kariernya sepanjang menggalas cabaran bersama PSG.

Artikel Berkaitan:

“Mbappe bakal berdepan tekanan dengan harapan tinggi penyokong dan rakyat Perancis tetapi saya percaya dia mampu mengatasi tekanan tersebut,” jelasnya.