'UMNO tak perlu jadi peminta sedekah' - Annuar Musa

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] UMNO tidak perlu menjadi peminta sedekah untuk menjadi kerajaan melainkan calon Perdana Menteri adalah daripada parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO perlu kekal menjadi pembangkang tanpa perlu bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan.

Beliau berkata, pimpinan parti perlu akur dan menghormati mandat rakyat yang menolak UMNO membentuk kerajaan.

"Kami lebih suka UMNO hanya jadi pembangkang dengan 30 kerusi.

"Tidak perlu merangkak hanya kerana mahu duduk dalam kerajaan. Kami reda jadi pembangkang yang membela rakyat, bermaruah dan berwibawa.

"Pada saya, UMNO tidak perlu jadi peminta sedekah kepada sesiapa kecuali gabungan itu menawarkan PM daripada UMNO. Itu mungkin kami sokong tapi kalau masuk untuk sekadar menempel baik tak payah," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Riverside di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya yakin UMNO akan kembali berkuasa sebagai pemerintah yang mutlak pada PRU16 jika penstrukturan dalam parti diperbetulkan menerusi pimpinan baru

.

Artikel Berkaitan:

Annuar bersama beberapa Ketua UMNO Bahagian pada sidang akhbar diadakan di Riverside di sini pada Isnin.
Annuar bersama beberapa Ketua UMNO Bahagian pada sidang akhbar diadakan di Riverside di sini pada Isnin.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani menegaskan, parti itu bukan 'king maker' tetapi perjuangan UMNO adalah untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia..

"Orang cakap UMNO seronoklah kerana jadi king maker, boleh tentukan siapa Perdana Menteri dan timbalan. Tidak, bukan itu perjuangan kita.

"Kita tak mahu jadi 'king maker', kita hendak perjuangkan nasib orang Melayu dan rakyat Malaysia.

"Rakyat tolak kita hanya sementara dan kita yakin lima tahun akan datang, kita akan bangkit kembali," katanya.