PRU15: Sultan Perak perkenan bentuk kerajaan negeri

Sinar Harian pada Isnin melaporkan Barisan Nasional (BN) Perak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri baharu Perak.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan Barisan Nasional (BN) Perak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri baharu Perak.
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenan kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu Perak.

Baginda turut memperkenankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar.

Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, istiadat mengangkat sumpah jawatan itu dijangka akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sekitar jam 5.30 petang.

BN mempunyai sembilan ADUN dan PH 24 ADUN, mereka mempunyai 33 ADUN yang menyembahkan calon untuk dipertimbangkan baginda sebagai menteri besar di Perak.

"Bagi berlaku adil, baginda menitahkan wakil Perikatan Nasional (PN) diwakili ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menghadap memandangkan mereka mempunyai kerusi terbesar.

"Kedua-dua mengakui mereka tiada angka yang boleh menubuhkan kerajaan dan memahami baginda bertindak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Baginda berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan wakil BN dan PH, mereka mengemukakan calon tunggal sebagai calon menteri besar iaitu Saarani," katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Istana Kinta di sini pada Isnin.

Mohd Annuar berkata, PN terima keadaan itu memandang bahawa pentingnya untuk Dewan Negeri segera bersidang meluluskan Bajet.

Artikel Berkaitan: