Poster Abdul Hadi dilantik jadi PM ke-10 palsu

Poster tular dengan ucapan tahniah atas pelantikan Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri ke-10 adalah palsu.
Poster tular dengan ucapan tahniah atas pelantikan Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri ke-10 adalah palsu.
A
A
A

SHAH ALAM - Poster yang kini sedang berlegar-legar dalam media sosial dengan ucapan tahniah atas pelantikan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri ke-10 adalah palsu.

Menerusi Facebook Jabatan Perdana Menteri (JPM), tangkap layar poster tersebut dikongsi semula dengan palang palsu.

"JPM ingin merujuk kepada poster yang tular di media sosial khususnya di Twitter bertajuk 'Tahniah Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Perdana Menteri ke-10'.

"Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," katanya pada Isnin.

JPM turut meminta agar orang ramai merujuk akaun media sosial rasminya terlebih dahulu untuk mendapatkan informasi di Facebook, Twitter dan Instagram.

Sebelum ini, tular di media sosial poster seluruh warga JPM mengucapkan tahniah kepada Abdul Hadi atas kejayaan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Artikel Berkaitan: