Rokok seludup baru 'mendarat' di pesisir pantai dirampas

TDM merampas 1,900 karton rokok seludup bernilai RM114,000 disyaki baru 'mendarat' di pesisir pantai Tanjung Logok, Tenggaroh,
TDM merampas 1,900 karton rokok seludup bernilai RM114,000 disyaki baru 'mendarat' di pesisir pantai Tanjung Logok, Tenggaroh,
A
A
A

KOTA TINGGI - Tentera Darat Malaysia (TDM) merampas 1,900 karton rokok seludup bernilai RM114,000 disyaki baru 'mendarat' di pesisir pantai Tanjung Logok, Tenggaroh dekat sini pada Ahad.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan memberitahu, Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) merampas rokok seludup itu semasa melakukan rondaan dalam Op Benteng pada jam 2 pagi.

"Tim ronda telah bergegas melaksanakan rondaan di Tanjung Logok, Tenggaroh selepas mendapat maklumat perisikan pergerakan yang mencurigakan di kawasan tersebut.

"Hasil rondaan mendapati, tim rondaan mengesan satu longgokan kotak berada di pesisir pantai. Tim ronda mempercayai kotak-kotak itu baru sahaja dinaikkan dari perairan dan menunggu untuk diambil oleh orang perantaraan peruncit," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Jelas kenyataan itu, semua 38 kotak berkenaan dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk pemeriksaan lanjut.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 38 kotak itu mengandungi 1,900 karton rokok dianggarkan bernilai RM114,000.

"Laporan polis telah dilakukan di Balai Polis Tanjung Sedeli pada jam 5 pagi dan barang rampasan akan diserahkan kepada pihak kastam untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: