Aliran trafik Kuala Lumpur-Karak sesak

Trafik mulai perlahan di Tol Bentong.
Trafik mulai perlahan di Tol Bentong.
A
A
A

SHAH ALAM - Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak dilaporkan sesak sekitar jam 12 tengah hari susulan banyak kenderaan menuju ke ibu kota pada Ahad.

Lebuhraya Pantai Timur dalam kenyataan di Facebook memaklumkan aliran trafik mulai perlahan menghala ke Kuala Lumpur dari 4.8 kilometer (km) hingga 62.8km arah Bentong.

"Begitu juga, 12.1km dari Tol Bentong hingga 49.1km (Bentong-Bukit Tinggi) berikutan pertambahan kenderaan," katanya pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, trafik di kedua-dua hala bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1@E8) masih lancar.

"Hati-hati memandu. Untuk sekarang kecemasan, sila hubungi LPT Line di talian 1-700-818-700," katanya.

Aliran trafik mulai sesak susulan orang ramai pulang ke ibu kota selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: